Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

194 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI 4. Institusi perlu melaksanakan penilaian berkala terhadap kesejahteraan psikologi kakitangan menggunakan alat seperti Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (IKPM). Penilaian ini membolehkan institusi mengenal pasti masalah tekanan emosi secara lebih tepat dan merancang intervensi yang bersesuaian. Impaknyaadalahpeningkatankeberkesananstrategi pengurusan, yang seterusnya memperkukuh produktiviti dan kestabilan organisasi. Pelaksanaan sistem sokongan psikologi ini bukan sahaja membantu menangani tekanan emosi dalam kalangan kakitangan dan pemimpin, tetapi juga memperkukuh kesejahteraan psikologi, kepuasan kerja, dan keberkesanan institusi. Dengan langkah-langkah ini, institusi TVET dapat menyediakan persekitaran kerja yang lebih produktif dan menyokong keseimbangan kerja-hidup tenaga kerja, sekali gus menyumbang kepada pembangunan modal insan yang mampan. 6.0 PENUTUP TVETmemainkanperananyangsignifikandalammembentuktenagakerja berkemahiran tinggi untuk menyokong aspirasi pembangunan negara. Namun, keberkesanan TVET sebagai pemacu utama pembangunan modal insan dan ekonomi negara bergantung pada keupayaan institusi untuk mengurus cabaran pentadbiran dan memastikan kesejahteraan psikologi pemimpin serta kakitangan. Penemuan dan analisis dalam kertas ini menekankan bahawa kesejahteraan psikologi merupakan komponen penting dalam memastikan ketahanan, produktiviti, dan keberkesanan institusi TVET. Syor-syor dasar yang dikemukakan, termasuk latihan berstruktur untuk pemimpin, kelestarian pendanaan, dan sistemsokongan psikologi yang komprehensif, adalah langkah strategik yang dapat membantu institusi TVET menangani tekanan kerja, meningkatkan motivasi, dan memperkukuh keberkesanan pengurusan. Pelaksanaan langkah- langkah ini tidak hanya menyumbang kepada keseimbangan kerja- hidup pemimpin dan kakitangan tetapi juga mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, menyokong inovasi, dan meningkatkan daya saing graduan TVET.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy