Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

193 5.3 Sistem Sokongan Psikologi untuk Pemimpin dan Kakitangan TVET Bagi menangani tekanan emosi dan meningkatkan kesejahteraan di tempat kerja, syor baru dicadangkan di dalam kertas polisi ini ialah pewujudan sistem sokongan psikologi yang bersepadu di institusi TVET. Tekanan kerja yang berpunca daripada kekangan tugas, cabaran pentadbiran, dan beban kerjamemerlukan intervensi yang fokus kepada kesejahteraan psikologi bagi meningkatkan keberkesanan institusi dan kesejahteraan individu. 1. Menyediakan perkhidmatan kaunseling profesional di tempat kerja. Kaunseling ini harus disampaikan oleh kaunselor terlatih yang mampu membantu pemimpin dan kakitangan dalam menangani tekanan kerja, konflik interpersonal, serta isu keseimbangan kerja-hidup. Perkhidmatan ini memberikan ruang untuk berkongsi cabaran dan mengurangkan tekanan emosi yang dihadapi. Impak positifnya termasuk pengurangan tekanan kerja, peningkatan kepuasan kerja, dan pengurangan emosi negatif seperti kebimbangan, yang kerap dilaporkan dalam kajian berkaitan kesejahteraan psikologi di sektor TVET . 2. Institusi TVET boleh memperkenalkan program intervensi psikologi yang disesuaikan seperti bengkel pengurusan tekanan, latihan kecerdasan emosi dan pengurusan konflik. Program ini boleh membantu individu meningkatkan daya tahan emosi mereka dan mengatasi tekanan kerja dengan lebih berkesan. Kajian menunjukkan bahawa latihan kecerdasan emosi juga boleh mengurangkan tekanan kerja (skor IKPM: 5.05) dan mengukuhkan hubungan interpersonal, sekali gus meningkatkan kesejahteraan sosial di tempat kerja (Azizan et al, 2024). 3. Pewujudan ruang sokongan sosial di tempat kerja turut menjadi langkah penting. Melalui kumpulan sokongan, pemimpin dan kakitangan dapat berkongsi pengalaman serta saling membantu dalammenyelesaikan cabaran kerja. Langkah ini berkesan dalam meningkatkan hubungan sosial di kalangan kakitangan, yang merupakan salah satu domain kesejahteraan tertinggi dalam Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (skor IKPM: 8.18). Ia juga membina rasa saling menghargai dan sokongan bersama, yang dapat mendorong kepuasan kerja lebih tinggi. STRATEGI MEMPERKUKUH KESEJAHTERAAN KEPIMPINAN INSTITUSI TVET 06

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy