Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

190 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI dalam memenuhi keperluan industri, peningkatan keyakinan dalam membuat keputusan, dan motivasi kerja yang lebih tinggi disebabkan oleh kecekapan dalam bidang teknikal (Haryanti et al., 2021). 2. Peningkatan Kemahiran Insaniah: Aspek ini melibatkan latihan komunikasi yang berkesan, pengurusan konflik dan motivasi pasukan. Pemimpin yang mahir dalam kemahiran ini boleh mewujudkan hubungan kerja yang harmoni dengan kakitangan, pelajar dan rakan kongsi industri. Kesannya termasuk pengurangan emosi negatif seperti kebimbangan dan tekanan, peningkatan kepuasan kerja melalui hubungan interpersonal yang lebih baik, dan pengukuhan semangat pasukan dalam organisasi (Azizan et al., 2024). 3. Peningkatan Kemahiran Konseptual: Latihan dalam perancangan strategik, analisis data, dan pembuatan keputusan membolehkan pemimpin mengurus sumber dengan lebih cekap dan membangunkan hala tuju institusi secara holistik. Dengan kemahiran ini, mereka dapat mengurangkan beban kerja yang berlebihan melalui pengagihan tanggungjawab yang lebih berkesan. Impaknya termasuk keseimbangan kerja-hidup yang lebih baik, peningkatan rasa kawalan terhadap tugas, dan pengurangan risiko keletihan kerja (burnout), yang sering dikaitkan dengan pengurusan yang tidak teratur (Haryanti et al., 2021). Latihan berstruktur yang menumpukan kepada peningkatan kemahiran teknikal, insaniah, dan konseptual memberikan kesan berganda terhadap keberkesanan pemimpin TVET dan kesejahteraan psikologi mereka. Dengan membekalkan pemimpin dengan kemahiran yang relevan dan praktikal, institusi TVET dapat memastikan pengurusan yang lebih cekap dan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih produktif dan sejahtera. Langkah ini penting untuk menjamin daya saing dan keberlanjutan sektor TVET dalam menyokong pembangunan modal insan negara.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy