Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
189 Dasar TVET Negara dapat diperkukuh dengan memperkenalkan sistem sokongan psikologi yang menyeluruh untuk pemimpin dan kakitangan TVET. Syor yang dibangunkan mencadangkan pelaksanaan kaunseling tempat kerja, latihan pengurusan tekanan, dan program kesejahteraan emosi. Langkah ini boleh dimasukkan ke dalam strategi pelaksanaan Dasar TVET Negara untuk memastikan pemimpin dan kakitangan dapat menangani cabaran kerja yang kompleks, seperti beban kerja tinggi dan kekangan pentadbiran. Selain itu, penyediaan peruntukan kewangan yang lebih mencukupi dan kemudahan setaraf keperluan industri akan memastikan institusi TVET mampu menyokong pelaksanaan program berkualiti tinggi, meningkatkan motivasi, dan mengurangkan tekanan kerja. Pelaburan dalam latihan berstruktur untuk pemimpin TVET juga boleh ditambah sebagai salah satu inisiatif, memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran teknikal, insaniah, dan konseptual. Langkah ini bukan sahaja menyumbang kepada keberkesanan institusi tetapi jugamembantumembina kesejahteraan psikologi yang berdaya tahan, menjadikan TVET lebih inklusif dan responsif terhadap keperluan industri dan tenaga kerja. Integrasi elemen-elemen ini akan mengukuhkan keberhasilan Dasar TVET Negara dan menyokong visi Malaysia sebagai hab pendidikan teknikal yang kompetitif di peringkat global. 5.1 LatihanKepimpinanTVET: FokuspadaMeningkatkanKemahiran Teknikal, Lembut dan Konseptual Latihan berstruktur untuk pemimpin institusi TVET adalah kritikal dalam meningkatkan kemahiran teknikal, insaniah, dan konseptual, yang diperlukan untuk kepimpinan yang berkesan. Penyelidikanmenunjukkan bahawa kekurangan kemahiran ini sering menjadi halangan kepada keberkesanan institusi dan memberi kesan negatif kepada kesejahteraan psikologi pemimpin (Haryanti et al., 2021; Azizan et al., 2024). Berikut adalah langkah-langkah utama dan impaknya terhadap kesejahteraan kepimpinan institusi TVET: 1. Peningkatan Kemahiran Teknikal: Latihan dalam teknologi industri terkini membolehkan pemimpin memahami keperluan sektor dan menyesuaikan kurikulum TVET agar lebih relevan. Mereka juga boleh mereka bentuk strategi yang lebih responsif terhadap perubahan teknologi. Kesannya termasuk pengurangan tekanan kerja akibat ketidakpastian STRATEGI MEMPERKUKUH KESEJAHTERAAN KEPIMPINAN INSTITUSI TVET 06
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy