Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

187 Syor Rasional Implikasi Latihan Kepimpinan TVET: Fokus pada Meningkatkan Kemahiran Teknikal, Insaniah dan Konseptual Kekurangan kemahiran teknikal, insaniah, dan konseptual dalamkalanganpemimpin TVET menyumbang kepada tekanan kerja, ketidakcekapan pengurusan, dan pengurusan sumber yang lemah. Latihan yang berstruktur diperlukan untuk memastikan pemimpin dilengkapi dengan kemahiran kepimpinan yang lebih relevan dan efektif. Pemimpin TVET yang dilatih menjadi lebih cekap dalammembuat keputusan strategik, yang mengurangkan tekanan emosi berkaitan ketidakupayaan melaksanakan tugas. Kemahiran insaniah dan konseptual membantu menguatkan hubungan interpersonal dan perancangan strategik, meningkatkan kepuasan kerja, keseimbangan kerja-hidup, dan motivasi kerja. Peruntukan Kewangan yang Mencukupi dan Kemudahan Setaraf Keperluan Industri Kekurangan sumber kewangan dan infrastruktur yang tidak memadai meningkatkan tekanan kerja kakitangan, menghalang keberkesanan pembelajaran, danmenyekat pelaksanaan operasi harian yang efisien. Pelaburan dalam kemudahan dan teknologi moden adalah penting untuk memastikan institusi memenuhi keperluan industri semasa. Penambahbaikan kemudahan mengurangkan tekanan psikologi dengan menyediakan alat dan sumber yang mencukupi, membolehkan kakitangan fokus pada tugas tanpa gangguan akibat kekurangan infrastruktur. Ketersediaan sumber membantu menurunkan kebimbangan kerja, meningkatkan kesejahteraan emosi, dan menyokong produktiviti yang lebih stabil. STRATEGI MEMPERKUKUH KESEJAHTERAAN KEPIMPINAN INSTITUSI TVET 06

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy