Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

6 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI 1.2 Kandungan Artikel Secara khususnya, artikel ini membincangkan kepentingan aspek kewargaan digital dalam konteks kesejahteraan psikologi. Bahagian pertama dalam artikel ini telah memperkenalkan kesejahteraan psikologi dalam perkhidmatan awam dan keperluan untuk mengambil kira aspek kewargaan digital. Bahagian kedua akan menerangkan latar belakang masalah yang menegaskan peranan kewargaan digital dalammemahami, mengukur, serta mencapai kesejahteraan psikologi. Bahagian ketiga dan keempat pula menerangkan kaedah kajian dan dapatan kajian tentang trend dalam kewargaan digital bagi individu dewasa dalam lingkungan umur bekerja di antara 18 hingga 63 tahun di Malaysia dalam tiga gelombang kaji selidik, iaitu pada tahun 2021, 2022, dan 2023. Analisis trend ini dapat memberikan gambaran secara umum tentang tahap kewargaan digital di Malaysia. Seterusnya, bahagian kelima menghuraikan tentang dapatan analisis gambar rajah Ishikawa (Tulang Ikan) bagi menunjukkan keperluan pembangunan dan pelaksanaan dasar dan polisi kewargaan digital. Bahagian keenam memfokuskan syor dasar melalui kerangka empat tindakan Konsep ERRC (Hapus – Kurang – Tingkat - Cipta) dan akhirnya bahagian ketujuh dan kelapan membentangkan cadangan garis panduan serta penutup kepada keseluruhan artikel. 2.0 PERNYATAAN MASALAH MyDIGITAL merupakan satu inisiatif yang telah diperkenalkan pada 19 Februari 2021 dalam usaha memastikan rakyat Malaysia mempunyai tahap literasi digital yang tinggi dan sewajarnya. Penubuhan ini selaras dengan matlamat Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara (Dasar 4IR Negara) yang bertujuan untuk mencapai pertumbuhan yang seimbang, bertanggungjawab, dan mampan dengan memanfaatkan penggunaan teknologi dan inovasi (Unit Perancang Ekonomi, Jabatan PerdanaMenteri, 2021). Perkhidmatanawamdilihatmemainkanperanan yang signifikan dalam inisiatif ini kerana ia menyasarkan 100 peratus penjawat awam celik digital dan 80 peratus perkhidmatan kerajaan berada dalam talian sepenuhnya menjelang tahun 2025. Sehubungan itu, Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy