Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

184 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI pensyarah dan pengurusan institusi TVET yang terlibat secara langsung dengan pengurusan institusi serta pegawai di 13 kementerian yang terlibat dalam penyeliaan dan pengurusan institusi dan kementerian. Maklumat dikumpulkan melalui perbincangan kumpulan tertumpu, yangmembolehkan responden berkongsi pandangan dan pengalaman mereka secara mendalam dan terperinci. Instrumen kajian yang digunakan ialah protokol perbincangan kumpulan fokus, yang direka untuk membimbing perbincangan dan memastikan semua aspek penting dibincangkan oleh responden. Prosedur kajian dijalankan melalui tiga fasa utama; fasa analisis masalah, fasa pembangunan strategi, dan fasa pengesahan. Dalam fasaanalisismasalah, keperluanpsikologi danpuncayangdihadapi oleh pemimpin institusi TVET dalam pengurusan institusi TVET dikenalpasti melalui perbincangan kumpulan berfokus. Berdasarkan penemuan dari fasa analisis masalah, strategi-strategi yang berkaitan dengan kesejahteraan psikologi dirangka dalam fasa pembangunan. Strategi- strategi yang dibangunkan diuji dan disahkan melalui perbincangan lanjut dengan responden dalam fasa pengesahan untuk memastikan kesesuaian dan keberkesanannya dalam konteks sebenar institusi TVET. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan analisis tematik. Kaedah ini membolehkan tema-tema utama yang muncul daripada data dikenalpasti dan mengkategorikan maklumat berdasarkan tema tersebut. 4.0 KEPUTUSAN ANALISIS Hasil analisis RCA dalam temubual, terdapat tiga tema utama yang menyumbang kepada masalah kesejahteraan psikologi kepimpinan institusi TVET. Pertama, kekurangan kemahiran pengurusan dalam kalangan pemimpin institusi TVET, termasuk kemahiran teknikal, insaniah, dan konseptual, dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada tekanan kerja. Ketidakupayaan untuk melaksanakan tugas pengurusan dengan berkesan meningkatkan beban mental yang signifikan. Keadaan ini selanjutnya dikaitkan dengan tahap emosi negatif yang tinggi (skor 5.05), seperti yang dilaporkan dalam kalangan penjawat awam, termasuk kakitangan TVET, akibat tekanan kerja dan kekurangan sokongan emosi (Azizan et. Al, 2024). Penemuan ini dengan jelas menunjukkan bahawa tekanan kerja yang timbul daripada

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy