Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

183 kesejahteraan psikologi para pemimpin dan kakitangan institusi TVET. Ini kerana penjawat awam dan kakitangan TVET menghadapi tekanan kerja yang unik seperti perhatian umum, beban kerja yang tinggi, dan tekanan untuk mengekalkan standard perkhidmatan. Kajian terdahulu oleh Haryanti et al. (2021) mendapati bahawa kekurangan kemahiran pengurusan, seperti kemahiran teknikal, insaniah, dan konseptual, menyumbang kepada tekanan kerja yang tinggi di kalangan pemimpin institusi. Selain itu, isu birokrasi, kekurangan kemudahan teknologi, dan kekangan sumber kewanganmenambahbeban kerjadanmencetuskan tekanan emosi. Cabaran-cabaran ini bukan sahaja menghalang keberkesanan operasi TVET, tetapi turut menimbulkan impak langsung terhadap kesejahteraan psikologi individu yang terlibat dalampentadbiran sistem ini. Kajian oleh Azizan et al. (2024) menunjukkan bahawa kesejahteraan psikologi penjawat awam, termasuk kakitangan TVET, berada pada tahap sederhana, dengan skor Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (IKPM) menunjukkan emosi negatif dan kepuasan hidup yang sederhana. Faktor seperti tekanan kerja, kekurangan sokongan emosi, dan ketidakseimbangan kerja-hidup turut dikenalpasti sebagai penyebabutama. Ini menunjukkanbahawa tekanan kerja yangdihadapi dalam sistem pentadbiran TVET berpotensi untuk mengurangkan keberkesanan pengurusan dan prestasi keseluruhan sistem. Oleh itu, kesejahteraan psikologi para pemegang taruh TVET—khususnya pemimpin dan pendidik—amat penting untuk merealisasikan matlamat besar TVET negara. 3.0 METODOLOGI Kajian bersama dengan Institusi TVET dan industri di Malaysia telah dijalankan untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam mengenai isu kesejahteraan psikologi di kalangan pemimpin di Institusi TVET. Untuk mencapai matlamat ini, kaedah kualitatif digunakan untuk mengenal pasti punca menggunakan teknik Analisis Punca Punca (RCA), dan Penyesuaian Iterative Didorong Masalah (PDIA) untuk mengetahui penyelesaian yang dicadangkan kepada punca yang dikenal pasti. Responden dipilih berdasarkan kriteria jawatan dan pengalaman yang terdiri daripada 369 orang yang terdiri daripada STRATEGI MEMPERKUKUH KESEJAHTERAAN KEPIMPINAN INSTITUSI TVET 06

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy