Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

182 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI pesat seperti industri pembuatan termaju, tenaga boleh diperbaharui, dan teknologi digital. Program TVET yang berorientasikan kemahiran ini memenuhi jurang tenaga kerja semasa dan memastikan negara mempunyai tenaga kerja cekap yang mampu menghadapi cabaran global. Tenaga kerja berkemahiran ini bukan sahaja memenuhi permintaan industri tetapi juga berpotensi meningkatkan produktiviti negara secara keseluruhan. Namun, aspirasi tinggi ini membawa cabaran kepada institusi TVET untuk melaksanakan program-program berimpak tinggi dengan cemerlang. Salah satu cabaran utama ialah memastikan sokongan kepada kesejahteraan mental dan psikologi pemegang taruh TVET, termasuk tenaga pengajar dan pelajar. Dalamusahamencapai aspirasi transformasi, kesejahteraan mental ini adalah kritikal bagi menjamin ketahanan psikologi warga TVET, membolehkan mereka menangani cabaran dengan lebih baik serta mengurangkan tekanan yang boleh menjejaskan prestasi kerja. Kajian menunjukkan bahawa pekerja dengan kesejahteraan psikologi yang baik cenderung untuk mencapai kepuasan kerja lebih tinggi, produktiviti yang lebih baik, dan komitmen yang lebih kukuh kepada organisasi (Bachtiar, et al, 2024). Secara keseluruhannya, apabila institusi TVET mengutamakan aspek kesejahteraan dalam model operasi mereka, terutama sekali kesejahteraanpsikologi,merekabukansahajamenyokongpertumbuhan tenaga kerja yang mampan tetapi juga memastikan pelajar dan graduan TVET yang berdaya tahan dan berkemahiran tinggi. Langkah ini memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif yang dapat memenuhi permintaan industri moden serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara secara menyeluruh. 2.0 KENYATAAN MASALAH SistemTVETmemainkan peranan penting dalampembangunan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan industri yang sentiasa berkembang. Namun, cabaran pengurusan institusi TVET di Malaysia menunjukkan bahawa pelbagai kekangan pentadbiran dan pengurusan bukan sahaja menghalang keberkesanan kolaborasi antara institusi dan industri, tetapi juga memberi kesan buruk kepada

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy