Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
181 STRATEGIMEMPERKUKUHKESEJAHTERAANKEPIMPINAN INSTITUSI TVET Haryanti Mohd Affandi, PhD Profesor Madya Teknologis Dr Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia haryantima@ukm.edu.my Sharizal Hashim, PhD Pensyarah Kanan Pejabat Dekan Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia hsharizal@ukm.edu.my Mohd Ekhwan Haji Toriman, PhD Profesor Teknologis Geospatial Dr Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia ikhwan@ukm.edu.my 1.0 PENGENALAN Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia memainkan peranan penting dalam menyokong aspirasi transformasi negara, terutamanya seperti yang digariskan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (SPV 2030) dan Rancangan Malaysia Ke- 12 (RMK12). Kedua-dua rancangan ini bertujuan untuk membangunkan Malaysia yang inklusif dan saksama, memastikan kemakmuran dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Matlamatnya termasuk mengukuhkan keupayaan tenaga kerja negara melalui peningkatan kemahiran, memupuk inovasi dan menggalakkan pembangunan mampan yang menyumbang kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Dalam konteks ini, peranan TVET semakin penting sebagai platfom untuk rakyat mencapai mobiliti sosial dan daya tahan ekonomi yang mampan. Sebagai komponen utama dalamtransformasi ini, TVET berfungsi untuk melengkapkan individu dengan kemahiran praktikal dan kompetitif yang sesuai dengan keperluan sektor-sektor berkembang STRATEGI MEMPERKUKUH KESEJAHTERAAN KEPIMPINAN INSTITUSI TVET 06
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy