Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

5 kewargaan digital mempunyai sembilan elemen kewargaan dengan tiga prinsip utama, iaitu menghormati, mendidik, dan melindungi. Pengkaji kontemporari turut memberikan definisi yang lebih kurang sama, iaitu Jones dan Mitchell (2016) yang menakrifkan kewargaan digital sebagai terdiri daripada dua komponen, iaitu hormat dalam talian dan penglibatan sivik dalam talian. Choi (2016) pula mencadangkan empat elemen utama yang membentuk kewargaan digital, iaitu (i) kemahiran dan keupayaan psikologi untuk menguasai literasi maklumat dan literasi media, (ii) tingkah laku dalam talian yang bertanggungjawab dan beretika, (iii) penggunaan teknologi untuk menangani isu-isu sosial, dan (iv) menegakkan keadilan sosial melalui teknologi digital. Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (2016) juga telah memberikan takrifan terhadap konsep kewargaan digitalnya yang tersendiri, iaitu sebagai penerapan budaya positif dalam penggunaan Internet seperti yang terkandung dalam prinsip Rukun Negara dan keupayaan untuk menilai, meneroka, dan mencipta kandungan media dan perkhidmatan dalam talian secara kritis, positif, dan bertanggungjawab. Maka dapat disimpulkan di sini bahawa warga digital yang baik boleh menggunakan teknologi secara berkesan untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam talian dan tahu cara menggunakan Internet dengan bijak, selamat, dan bertanggungjawab. Mereka juga mengetahui hak dan tanggungjawab digital, di samping menyedari bagaimana interaksi dalam talian boleh mempengaruhi orang lain. Di peringkat organisasi, kewargaan digital merupakan satu bentuk iltizam atau komitmen sesebuah organisasi terhadap masyarakat untuk bertanggungjawab ke atas kandungan, produk, dan perkhidmatan yang mereka tawarkan dalam talian. Dalam konteks perkhidmatan awam pula, aspek kewargaan digital ini amat penting kerana penjawat awam yang diperkasa secara digital akan berupaya untuk membezakan fakta daripada maklumat palsu serta menggunakan teknologi digital secara bertanggungjawab, selamat, hormat, dan kritis. Penjawat awam yang tinggi kewargaan digitalnya juga adalah inklusif, bermaklumat, seimbang, dan berwaspada dalammemberikan perkhidmatan kepada orang ramai. PEMBUDAYAAN KEWARGAAN DIGITAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM 01

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy