Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

173 Justifikasi: i. Tiada akta khusus yang mengiktiraf peranan ahli psikologi berlesen dalam sektor awam dan swasta. ii. Penjawat awam memerlukan akses kepada intervensi psikologi profesional yang diakreditasi dan terkawal. iii. Kajian ini membuktikan kesan signifikan kemurungan, keresahan dan konflik psikososial terhadap produktiviti awam. Cadangan Tindakan: i. Rangka Akta Psikologi Malaysia di bawah JPA dan Jabatan Perdana Menteri. ii. Penubuhan Majlis Psikologi Malaysia (MPM) sebagai badan kawal selia. iii. Pelaksanaan lesen amalan psikologi profesional, termasuk dalam organisasi kerajaan. 6.0 PENUTUP Secara kesimpulannya, syor ini seiring dengan polisi negara seperti Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang menekankan kesejahteraan rakyat dengan meningkatkan tahap pendapatan dan kualiti hidup golongan berpendapatan rendah. Strategi ini adalah selaras dengan objektif RMK-12 untuk mencapai kesaksamaan dan kesejahteraan sosial. Di samping, kertas kerja syor ini juga menyokong kepada Dasar Kebajikan Masyarakat Negara melalui penyediaan perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan kepada golongan yang memerlukan, termasuk penjawat awamdi sektor awam. Rajah dibawah menunjukkan ringkasan syor polisi hasil daripada dapatan kajian ini: STRATEGI MEMPERKASA KESIHATAN MENTAL DAN KESEJAHTERAAN PEKERJA SEKTOR AWAM 05

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy