Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

172 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI Kajianmenunjukkanbahawakesejahteraanpsikologimempunyai hubungan langsung dengan tahap produktiviti, komitmen organisasi, dan ketahanan terhadap tekanan kerja. Justeru, pelaksanaan penilaian psikologi sebagai salah satu komponen dalam sistempenilaian prestasi adalah langkah strategik yang mampu menginstitusikan kesejahteraan mental dalam kerangka pembangunan sumber manusia perkhidmatan awam. Pendekatan ini selaras dengan keperluanmembina persekitaran kerja yang lebih seimbang, responsif dan berdaya tahan terhadap cabaran masa kini. Objektif: Menginstitusikan kesejahteraan mental dalam sistem pe- nilaian dan pembangunan sumber manusia. Cadangan Tindakan: i. Integrasi saringan Kesejahteraan Mental & keseimbangan kerja-kehidupan dalam penilaian SSPA. ii. Laporan kesejahteraan mental sebagai elemen tambahan da- lam LNPT/LPPT . iii. Anugerah Jabatan Mesra Psikologi untuk agensi cemerlang. Pelaksana: JPA, KPT, KSU Kementerian 5.3 Syor Polisi 3: Pembangunan Akta Psikologi Malaysia Akta Psikologi adalah suatu keperluan yang kritikal dalam memastikan profesion psikologi berkembang secara beretika, profesional, dan sistematik di Malaysia. Tanpa rang undang-undang yang sah, profesion ini terdedah kepada pelbagai isu seperti penyalahgunaan amalan psikologi, pencerobohan profesion oleh individu yang tidak bertauliah, dan kelemahan perlindungan terhadap klien serta masyarakat umum. Akta ini akan menjadi asas penting untuk membina sistem kesihatan mental negara yang holistik, bersepadu, dan berpaksikan integriti profesional. Ia juga akan memperkasa psikologi sebagai komponen utama dalam pembangunan sumber manusia, kesejahteraan rakyat, dan pembangunan negara secara menyeluruh. Oleh itu, Pembangunan akta ini merupakan Keperluan Sistemik Jangka Panjang Objektif: Menyediakan kerangka perundangan yang menyeluruh untuk pengurusan, amalan dan kawal selia psikologi di Malaysia.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy