Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
171 Polisi Anti-Stigma dan Inklusiviti • Penguatkuasaan Polisi Anti-Diskriminasi: Memastikan tiada penjawat awam yang didiskriminasi kerana mengalami masalah kesihatan mental. • Pengukuhan Budaya Sokongan: Menggalakkan komunikasi terbuka di tempat kerja tentang isu kesihatan mental tanpa rasa takut atau malu. • PengiktirafanAmalan Terbaik: Memberikan anugerah kepada jabatan atau agensi yang mempromosikan inisiatif kesihatan mental dengan berkesan. Bagi Pelan Tindakan dalam Syor Polisi 1 ini ada yang telah dilaksanakan olehpihak Kerajaannamun tidakmenyeluruh keranadasar pelaksanaan tidak dikuatkuasa sepenuhnya oleh setia jabatan atau agensi dalam sektor awam. Oleh itu, pelaksanaan dasar ini memerlukan pendekatan menyeluruh yang melibatkan pelbagai pihak: 1. Kerajaan Pusat: Merangka dasar nasional dan memastikan peruntukan kewangan untuk melaksanakannya. 2. Kementerian dan Agensi: Melaksanakan dasar ini di semua peringkat organisasi dengan melibatkan pengurusan atasan dan pekerja pelaksana. 3. Pakar Kesihatan Mental: Bekerjasama dengan pakar untuk merangka program, latihan, dan intervensi yang sesuai 5.2 Syor Polisi 2: Penilaian Psikologi dalam Penilaian Prestasi Penjawat Awam Dalam usaha memperkukuh keberkesanan sistem pengurusan sumber manusia sektor awam, aspek kesejahteraan psikologi penjawat awam perlu diberikan perhatian yang setara dengan prestasi kerja teknikal dan fungsional. Pada masa ini, sistem penilaian prestasi penjawat awam lebih tertumpu kepada pencapaian tugas dan kecekapan teknikal, tanpa mengambil kira secara sistematik tahap kesejahteraan mental yang boleh mempengaruhi prestasi individu secara holistik. STRATEGI MEMPERKASA KESIHATAN MENTAL DAN KESEJAHTERAAN PEKERJA SEKTOR AWAM 05
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy