Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
170 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI Dasar ini melibatkan beberapa elemen utama yang merangkumi aspek pendidikan, sokongan, dan intervensi seperti berikut: Elemen Pelan Tindakan Pendidikan dan Latihan Kesedaran Kesihatan Mental • Melaksanakan kempen tahunan kesihatan mental untuk meningkatkan kefahaman dan membina penerimaan dalam kalangan penjawat awam. • Memberikan latihan kepada semua penjawat awam, termasuk pengurus, untuk mengenal pasti tanda-tanda awal stres dan kebimbangan dalam kalangan rakan sekerja. • Menganjurkan ceramah dan bengkel dengan pakar kesihatan mental untuk memberikan pengetahuan terkini dan amalan terbaik. Sokongan Organisasi dan Persekitaran Kerja Mesra Kesihatan Mental • Program Bantuan Pekerja (Employee Assistance Program, EAP): Menyediakan perkhidmatan kaunseling percuma untuk penjawat awam yang memerlukan bantuan psikologi. • Ruang Rehat Mental: Mewujudkan ruang khusus di tempat kerja untuk aktiviti relaksasi dan mengurangkan tekanan. • DasarWaktu Kerja Fleksibel: Menggalakkan keseimbangan kerja-kehidupan melalui waktu kerja anjal dan dasar cuti kecemasan. Sistem Penilaian dan Intervensi Proaktif • Pemeriksaan Kesihatan Mental: Menjadikan penilaian kesihatan mental sebagai sebahagian daripada pemeriksaan kesihatan berkala penjawat awam. • Talian Sokongan Krisis: Menyediakan talian bantuan 24/7 untuk penjawat awam yang memerlukan sokongan segera. • Intervensi Awal: Menggalakkan penyelia atau pengurus untuk bertindak segera jika terdapat tanda-tanda stres atau masalah kesihatanmental dalamkalangan pekerja.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy