Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
169 5.0 SYOR STRATEGI MEMPERKASAKAN KESIHATAN MENTAL Berdasarkan analisis menggunakan alat pengurusan strategik, kertas kerja ini mengemukakan syor Polisi Strategik Bersepadu bagi Pemerkasaan Kesejahteraan Mental Penjawat Awam. Syor Polisi yang dicadangkan adalah berdasarkan penambahbaikan dan pemantapan syor sedia ada dan syor polisi Baharu. 5.1 Syor Polisi 1: Memantapkan Dasar Pembudayaan Kesihatan Mental di Sektor Awam Dasar Pembudayaan Kesihatan Mental adalah satu inisiatif strategik yang bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang menyokong kesejahteraan mental, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan mental, dan menghapuskan stigma terhadap isu ini di kalangan penjawat awam. Dasar ini dirangka bagi memastikan penjawat awam, khususnya pekerja pelaksana, dapat berfungsi secara optimum dalam suasana kerja yang sihat dan produktif. Dasar ini berasaskan kepada tiga objektif utama: 1. Meningkatkan Kesedaran dan Kefahaman yang lebihmendalam tentang kepentingan kesihatan mental dan cara menjaganya di kalangan penjawat awam. 2. Menyediakan platform dan inisiatif sokongan untuk membantu penjawat awam yang berdepan cabaran kesihatan mental. 3. Mewujudkan Budaya Kerja yang Inklusif dengan menghapuskan stigma terhadap isu kesihatan mental dan memastikan tempat kerja menjadi persekitaran yang menyokong kesejahteraan emosi. STRATEGI MEMPERKASA KESIHATAN MENTAL DAN KESEJAHTERAAN PEKERJA SEKTOR AWAM 05
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy