Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

4 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI sebanyak 7.43 bagi tahun 2020, 6.82 untuk tahun 2021, 7.05 bagi tahun 2022, dan 7.58 untuk tahun 2023 (Jabatan Perkhidmatan Awam, 2022; Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya, 2023). Namun, dalam era transformasi ke arah perkhidmatan awam dan kerajaan digital sekarang, indeks ini mungkin tidak lagi menyeluruh disebabkan perubahan dalam pengkonsepan serta pengukuran tahap kesejahteraan psikologi semasa di dunia. Misalnya, kerangka kesejahteraan oleh Büchi (2021) menyarankan bahawa tingkah laku dalam talian dan cara penggunaan peranti digital harian seseorang individubolehmendatangkan kebaikandan keburukan, yangseterusnya boleh mempengaruhi kesejahteraan psikologi secara keseluruhan. Kertas polisi terkini oleh Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) pada 2021 pula menegaskan tiga keperluan penting untuk memahami dan mengukur tahap kesejahteraan di era digital, iaitu (i) membangunkan penunjuk-penunjuk baharu untuk menilai kesan transformasi digital terhadap pelbagai dimensi kesejahteraan, (ii) menilai kesan transformasi digital terhadap kesejahteraan subjektif, dan (iii)menggabungkan data tentang kesejahteraan dan penggunaan teknologi untuk mengenal pasti perhubungan (Hatem & Ker, 2021). Oleh itu, terdapat keperluan yang jelas untuk mengambil kira aspek berkaitan penggunaan teknologi apabila menilai kesejahteraan psikologi, lebih-lebih lagi dengan transformasi yang sedang giat dilaksanakankearahkerajaandigital.Hal ini seterusnyabolehmembantu penggubalan dasar dalam memastikan penggunaan teknologi yang bertanggungjawab dalam kalangan penjawat awam. Salah satu aspek yang penting dalam konteks ini ialah kewargaan digital, tetapi ia kurang diberi perhatian dalam kajian kesejahteraan psikologi perkhidmatan awam mahupun dalam sektor lain. 1.1 Kewargaan Digital Kewargaan digital merujuk kepada kebolehan, pemikiran, dan tindakan yang membolehkan seseorang individu memahami dan menggunakan teknologi, Internet, serta ruang maya dengan bijak, selamat, bertanggungjawab, hormat-menghormati, dan beretika (Choi, 2016; Jones & Mitchell, 2016). Namun begitu, dimensi kewargaan digital berbeza mengikut kerangka kerja yang digariskan oleh penyelidik. Sebagai contoh, Ribble dan Bailey (2007) menyatakan bahawa

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy