Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

163 Keseimbangan Kerja dan Kehidupan (Work-Life Balance) • Kesukaran mengurus masa untuk keluarga • Gangguan tugasan rasmi di luar waktu kerja • Beban emosi akibat kekangan masa bersama anak dan pasangan Faktor Organisasi dan Budaya Kerja • Budaya kerja yang terlalu hierarki dan tidak terbuka • Kurangnya penglibatan pekerja dalam keputusan organisasi • Harapan tidak realistik daripada pihak pengurusan atasan Kajian ini memperlihatkan bahawa kesejahteraan mental penjawat awam banyak dipengaruhi oleh beban tugas berlebihan, faktor organisasi dan budaya kerja, sokongan psikososial dan persekitaran di tempat kerja, tiada akses dan sokongan psikologi dan keseimbangan peranan dalam kehidupan seharian. Tekanan kerja yang tidak terkawal tanpa sistem sokongan psikologi yang efektif berpotensi menyumbang kepada masalah kesihatan mental jangka panjang. 4.3 Analisa Dapatan Kajian Menggunakan Strategic Management Tools Bahagian ini menganalisis faktor utama dan punca (cause and effect) kepada kesihatan mental dan kesejahteraan penjawat awam di Malaysia. Analisis ini menggunakan kaedah pengurusan strategik iaitu Fishbone/Ishikawa Diagram, Analisis TOWS dan carta ERRC. Fishbone dilakukan bagi mengenalpasti faktor utama dan punca kepada tahap kesihatan mental dan kesejahteraan yang membimbangkan dalam kalangan penjawat awam. Seterusnya analisis TOWS dilaksanakan bagi membantu menyusun strategi berdasarkan kekuatan (Strengths), kelemahan (Weaknesses), peluang (Opportunities), dan ancaman (Threats) yang telah dikenal pasti dalam dapatan kajian ini. Manakala, Analisis ERRC (Eliminate–Reduce–Raise–Create) yang merupakan salah satu alat strategik dalam rangka kerja Blue Ocean Strategy . Ia digunakan untuk mengenal pasti cara baru mencipta nilai dengan berinovasi terhadap elemen sedia ada. STRATEGI MEMPERKASA KESIHATAN MENTAL DAN KESEJAHTERAAN PEKERJA SEKTOR AWAM 05

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy