Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
161 4.1.2.5 Pengaruh Kesihatan Mental terhadap Dimensi Kesejahteraan Pekerja Dalam kajian ini kesihatan mental terdiri daripada tiga dimensi iaitu tekanan, keresahan, dan kemurungan. Manakala, kesejahteraan terdiri dari dua dimensi iaitu kepuasan kerja dan kepuasan hidup. Hasil kajian yang diperincikan dalam Jadual 4.5 menunjukkan hubungan langsung antara dimensi kesihatan mental dan dimensi kesejahteraan seperti berikut: • Tekanan: o Tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja ( β = 0.115; t = 0.704; p = 0.241). o Tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan hidup ( β = -0.045; t = 0.336; p = 0.368). • Keresahan: o Tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja ( β = 0.076; t = 0.584; p = 0.280). o Tidak mempunyai hubungan signifikan dengan kepuasan hidup ( β = 0.180; t = 1.397; p = 0.082). • Kemurungan: o Mempunyai hubungan yang signifikan dan negatif terhadap kepuasan kerja ( β = -0.349; t = 2.571; p = 0.005). o Mempunyai hubungan yang signifikan dan negatif terhadap kepuasan hidup ( β = -0.376; t = 3.230; p = 0.001). Kajian ini menunjukkan bahawa faktor Kemurungan mempunyai pengaruh yang signifikan dan negatif terhadap kedua-dua dimensi kesejahteraan, iaitu kepuasan kerja dan kepuasan hidup (Rujuk Jadual 4.5). Ini menunjukkan bahawa kemurungan merupakan faktor utama yang mempengaruhi kesejahteraan mental dalam kalangan penjawat awam. Walaubagaimana pun, kajian ini mendapati bahawa tekanan dan keresahan tidak mempunyai kesan signifikan terhadap kepuasan kerja dan kepuasan hidup dalam kalangan responden kajian ini. STRATEGI MEMPERKASA KESIHATAN MENTAL DAN KESEJAHTERAAN PEKERJA SEKTOR AWAM 05
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy