Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
159 • Konflik Berasaskan Ketegangan: o Peramal negatif yang tidak signifikan bagi kepuasan kerja ( β = -0.132; t = 1.427; p = 0.077). o Peramal negatif yang tidak signifikan bagi kepuasan hidup ( β = -0.070; t = 0.810; p = 0.209). • Konflik Berasaskan Tingkah Laku: o Hubungan negatif yang signifikan dengan kepuasan kerja ( β = -0.169; t = 2.128; p = 0.017). o Hubungan positif yang tidak signifikan dengan kepuasan hidup ( β = 0.060; t = 0.852; p = 0.197). Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa status sosioekonomi adalah faktor penting yang secara signifikan meningkatkan kepuasan kerja dan kepuasan hidup dalam kalangan penjawat awam. Manakala, bagi konflik kerja-keluarga, hanya dimensi konflik berasaskan tingkah laku, mempengaruhi kepada kesejahteraan penjawat awam terutama kepuasan pekerja. 4.1.2.4 Pengaruh Konflik Kerja-Keluarga terhadap Kesihatan Mental Dapatan kajian bagi pengaruh konflik kerja-keluarga terhadap dimensi kesihatan mental diperlihatkan dalam Jadual 4.4. Konflik kerja-keluarga berasaskan ketegangan mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan stres ( β = 0.381; t = 4.284; p = 0.000), keresahan ( β = 0.298; t = 3.149; p = 0.001), dan kemurungan ( β = 0.352; t = 4.268; p = 0.000). Konflik kerja-keluarga berasaskan ketegangan (strain-based conflict) berlaku apabila tekanan atau ketegangan yang timbul daripada satu domain (sama ada kerja atau keluarga) mengganggu kemampuan individu untuk berfungsi dengan baik dalam domain yang lain. Ini biasanya melibatkan tekanan psikologi, emosi atau fizikal yang terbawa dari satu peranan ke peranan lain, bukan semata-mata kerana masa atau jadual. Manakala, bagi konflik kerja-keluarga berasaskan tingkah laku menunjukkan hubungan positif yang signifikan dengan keresahan ( β = 0.156; t = 2.161; p = 0.016) dan kemurungan ( β = 0.110; t = 1.871; p = 0.031). Apabila seseorangmengalami konflik tingkah laku antara peranan kerja dan keluarga, mereka lebih cenderung mengalami gangguan emosi STRATEGI MEMPERKASA KESIHATAN MENTAL DAN KESEJAHTERAAN PEKERJA SEKTOR AWAM 05
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy