Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
157 Kemurungan Normal 0 0 Mild 0 Moderate 158 59.6 Severe 48 18.1 Extremely severe 59 22.3 Dimensi Tekanan Dalam dimensi tekanan, hanya 16.2% (n = 43) penjawat awamyang menunjukkan tahap tekanan yang normal. Sebaliknya, tiada seorang pun yang mengalami tahap kegelisahan dan kemurungan pada tahap normal dan ringan. Kebanyakan penjawat awammencatatkan tahap tekanan yang ringan (26.0%, n = 69), sederhana (23.8%, n = 63), dan teruk (26.0%, n = 69). Sementara itu, 7.9% (n = 21) mencatatkan skor yang menunjukkan tahap tekanan yang sangat teruk. Dimensi Keresahan Bagi dimensi keresahan, prevalens menunjukkan bahawa responden lebih cenderungmengalami tahap keresahan yang sangat teruk (42.6%, n = 113), diikuti oleh tahap sederhana (35.1%, n = 93) dan teruk (22.3%, n = 59). Dimensi Kemurungan Dalam dimensi kemurungan, majoriti penjawat awammengalami tahap kemurungan sederhana (59.6%, n = 158). Selain itu, 22.3% (n = 59) menunjukkan tahap kemurungan yang sangat teruk, manakala 18.1% (n = 48) mencatatkan tahap kemurungan yang teruk. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesihatan mental penjawat awam di sektor awam berada pada tahap yang membimbangkan. Ini mencerminkan betapa seriusnya isu kesihatan mental dalam kalangan penjawat awamdan menunjukkan keperluan mendesak untuk intervensi dan sokongan yang lebih berkesan bagi membantu mereka menangani tekanan, kegelisahan, dan kemurungan dengan lebih baik. STRATEGI MEMPERKASA KESIHATAN MENTAL DAN KESEJAHTERAAN PEKERJA SEKTOR AWAM 05
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy