Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
3 PEMBUDAYAAN KEWARGAAN DIGITAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM NOR DIANA MOHD MAHUDIN, PhD Profesor Madya Jabatan Psikologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia nordianamm@iium.edu.my 1.0 PENGENALAN Kepentingan kesejahteraan psikologi dalam konteks pekerjaan telah dilaporkan dalam pelbagai kajian. Sebagai contoh, ia didapati berperanan penting dalam (i) mencapai keseimbangan antara hal pekerjaan dan kehidupan peribadi (Othman, 2022; Zainal Badri, 2017), (ii) membantu dalam meningkatkan produktiviti, kualiti kerja, prestasi kerja, serta perkhidmatan dalam tugasan (Zafir & Fazilah, 2006; Zulkifli et al., 2022), serta (iii) mempengaruhi kefungsian mental dan kesihatan fizikal pekerja (Ho et al., 2022; Mohamad et al., 2015; Pauzi & Koris, 2020). Pandemik virus korona (COVID-19) turut membuka mata pelbagai pihak untuk mengambil perhatian yang lebih serius terhadap kepentingan kesejahteraan psikologi pekerja. Hal ini dapat dilihat apabila badan perubatandan kesihatanmasyarakat di AmerikaSyarikatmengeluarkan rangka kerjabaharu kesihatanmental dan kesejahteraandi tempat kerja pada tahun 2022 dan seterusnya menyatakan ia adalah keutamaan penting untuk kesihatan awam (Office of the Surgeon General, 2022). Oleh itu, aspek kesejahteraan psikologi perlu sentiasa diperkasakan, selaras dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan, terutamanya penjawat awam yang berprestasi tinggi dan sejahtera. Penilaian tahap kesejahteraan psikologi dalam perkhidmatan awam di Malaysia telah dilaksanakan sejak tahun 2019 dengan pelancaran Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (IKPM). Indeks ini menilai tahap kesejahteraan psikologi penjawat awam dalam lima domain, iaitu emosi positif, emosi negatif, kepuasan hidup, kefungsian psikologi, serta kesejahteraan sosial. Melalui perbandingan data indeks IKPM selama empat tahun, tahap kesejahteraan psikologi perkhidmatan awam secara keseluruhan berada di tahap sederhana dengan skor PEMBUDAYAAN KEWARGAAN DIGITAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM 01
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy