Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
153 dengan nilai 0.87 (Masa 1) dan 0.82 (Masa 2) berdasarkan kajian asal oleh Diener et al. (1985), manakala konsistensi dalaman untuk WDDS juga didapati kuat (pekali Cronbach’s alpha dari 0.79 hingga 0.86) seperti yang dilaporkan oleh Bérubé et al. (2016). SWLS telah digunakan secara meluas oleh penyelidik lain dalam kajian-kajian terdahulu, manakala WDDS masih jarang digunakan. Oleh itu, penggunaan dan integrasi kedua-dua instrumen ini dalam menilai kepuasan responden dari domain peribadi dan kerja dilaksanakan dalam konteks kajian ini. 3.4 Teknik Analisis Data Analisis data yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis deskriptif melalui Statistical Package for Social Sciences (SPSS) 26.0 dan analisis inferensi dengan menggunakan perisian statistik partial least squares structural equation modelling (PLS-SEM) melalui SmartPLS 3.0 bagi menguji hubungan antara pembolehubah. Manakala, bagi kajian kualitatif dianalisis menggunakan analisis tematik. Dalam kajian memperkasa kesihatan mental penjawat awam, tiga metod analisis digunakan bagai merangka syor strategi memperkasakan kesihatan mental iaitu FISHBONE, TOWS dan ERRC boleh digunakan secara bersepadu untuk menghasilkan dapatan dan cadangan yang holistik. Analisis FISHBONE membantu mengenal pasti punca utamamasalah kesihatanmental seperti beban kerja berlebihan, kurang sokongan sosial, suasana kerja toksik, dan kekurangan dasar sokongan dalaman, yang menjadi asas untuk memahami isu secara menyeluruh. Seterusnya, analisis TOWS membolehkan penyelidik merangka strategi berdasarkan kekuatan dalaman organisasi (seperti kepakaran sumber manusia) dan peluang luaran (seperti peningkatan kesedaran awam), serta mengatasi kelemahan seperti stigma dan ancaman seperti kadar burnout tinggi. Akhir sekali, ERRC digunakan untuk mencipta solusi inovatif dengan menghapuskan stigma, mengurangkan birokrasi dalam akses sokongan, meningkatkan program kesedaran dan mewujudkan inisiatif baharu seperti pusat kesejahteraan mental di tempat kerja. Gabungan ketiga-tiga metod ini memberikan justifikasi kukuh dalam merangka intervensi strategik, berimpak tinggi dan berdaya tahan bagi memperkasa kesejahteraan mental penjawat awam. STRATEGI MEMPERKASA KESIHATAN MENTAL DAN KESEJAHTERAAN PEKERJA SEKTOR AWAM 05
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy