Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
152 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI pendapatan isi rumah bersih bulanan dalam kajian-kajian terdahulu. Kajian ini menggunakan tiga indikator untukmenilai status sosioekonomi iaitu tahap pendidikan, pendapatan isi rumah bersih bulanan, dan bilangan tanggungan ekonomi. Dengan menggabungkan ketiga-tiga indikator ini, kajian ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang status sosioekonomi responden. Skala Konflik Kerja-Keluarga (WFCS) yang dibangunkan oleh Carlson et al. (2000) terdiri daripada sembilan item dan digunakan untuk mengukur gangguan kerja terhadap keluarga. Skala asalnya mempunyai dua arah termasuk konflik kerja-ke-keluarga dan konflik keluarga-ke-kerja. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya mengukur konflik kerja-ke-keluarga. SkalaLikert limamatadigunakan, dari 1 (Sangat tidak setuju) hingga 5 (Sangat setuju), untuk mencirikan gangguan kerja terhadap keluarga menurut tiga dimensi iaitu Konflik berasaskan Masa, Konflik berasaskan Ketegangan dan Konflik berasaskan tingkah laku. Ketiga-tiga dimensi ini mempunyai kebolehpercayaan yang baik dengan pekali Cronbach’s alpha masing-masing 0.89, 0.86, dan 0.86 (Loscalzo et al., 2019). Skala Depresi, Kegelisahan, dan Stres (DASS) yang dibangunkan oleh Lovibond dan Lovibond (1995) dipilih untuk menilai keadaan emosi responden. DASS terdiri daripada 21 item dengan skala Likert empat mata yang berkisar dari 0 (tidak pernah) hingga 3 (selalu). Instrumen ini bertujuan untuk mengukur keadaan afektif negatif responden dalam tiga dimensi iaitu Kemurungan, Kegelisahan dan Stres. Setiap dimensi ini terdiri daripada tujuh item. Kebolehpercayaan skala ini didapati tinggi dengan pekali Cronbach’s alpha dari 0.79 hingga 0.86 oleh Harris et al. (2006) dan Tran et al. (2013). Skor untuk menentukan tahap depresi, kegelisahan, dan stres responden dengan lima tahap keadaan emosi termasuk normal, ringan, sederhana, teruk, dan sangat teruk. Kesejahteraan psikologi diukur dari dua domain yang berbeza: domain peribadi dan domain kerja. Untuk domain peribadi, Skala Kepuasan Hidup (SWLS) oleh Diener et al. (1985) digunakan, manakala untuk domain kerja, Skala Kepuasan Domain Kerja (WDDS) digunakan (Bérubé et al., 2016). Kedua-dua instrumen ini terdiri daripada lima item masing-masing, dengan skala berkisar dari 1 (sangat tidak setuju) hingga 7 (sangat setuju), kerana WDDS adalah adaptasi daripada SWLS ke domain kerja. SWLS mempunyai kebolehpercayaan yang kuat
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy