Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

151 Tambahan pula, kekeliruan antaraperanan aplikasi psikologi dan perkhidmatan kaunseling masih wujud di tempat kerja. Ketiadaan akta khusus atau polisi yang jelas menyebabkan pelaksanaan pengurusan psikologi sukar untuk diselaraskan dan diinstitusikan secara profesional. Oleh itu, pembangunan Akta Psikologi Malaysia dan penggubalan polisi-polisi berkaitan amat diperlukan bagi memastikan pengurusan psikologi di sektor awam dilaksanakan secara sistematik, profesional dan dikendalikan oleh mereka yang benar-benar bertauliah. 3.0 METODOLOGI 3.1 Reka bentuk Kajian Reka bentuk kajian adalah kaedah campuran kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif dijalankan secara Focus Group Discussion kepada 20 orang pegawai penjawat awam. Manakala, kaedah kuantitatif dijalankan secara keratan rentas dengan menggunakan alat soal selidik untuk mengukur hubungan pembolehubah di dalam kajian. 3.2 Populasi dan Sampel Penyelidikan ini dijalankan di 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor dalam kalangan golongan penjawat awam. Pengiraan melalui G*Power menunjukkan saiz sampel minimum bagi kajian kuantitatif yang diperlukan dalam kajian ini adalah 267 orang responden. Responden dipilih dengan menggunakan persampelan mudah bagi kajian kuantitatif dan persampelan bertujuan bagi kaedah kualitatif. 3.3 Instrumen Kajian Kuantitatif Status Sosio-Ekonomi . Untuk penilaian status sosioekonomi, tahap pendidikan dan pendapatan isi rumah bersih bulanan (RM) adalah dua indikator yang sering digunakan oleh penyelidik lain untuk mengukur tahap status sosioekonomi (Oakes, 2011), dan kedua-dua indikator ini dimasukkan dalam kajian ini. Tanggungan ekonomi juga dimasukkan sebagai salah satu indikator kerana terdapat kekurangan integrasi antara tanggungan ekonomi dengan tahap pendidikan dan STRATEGI MEMPERKASA KESIHATAN MENTAL DAN KESEJAHTERAAN PEKERJA SEKTOR AWAM 05

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy