Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
150 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI global dan tempatan ini menunjukkan bahawa apabila individu mengalami konflik antara tuntutan kerja dan kehidupan peribadi, tahap kesejahteraan mereka akan merosot secara signifikan. Namun begitu, hubungan antara konflik kerja-keluarga dan kesihatan mental masih kurang diterokai secara mendalam dalam kalangan penjawat awam di Malaysia. Justeru, ia kekal sebagai satu persoalan penting yang memerlukan perhatian dalam penyelidikan bagi memahami sejauh mana konflik peranan ini menjejaskan kesejahteraan psikologi kumpulan pekerja ini secara spesifik. Isu Persekitaran Kerja dan Pengurusan Kesihatan Mental di Sektor Awam Banyak tempat kerja di sektor awam masih belum menyediakan persekitaran kerja yang kondusif untuk menjaga kesihatan mental para pekerja. Keadaan ruang kerja yang sempit, tidak ergonomik, dan kurang selesa sering menjadi keluhan dalam kalangan penjawat awam. Lebih membimbangkan, budaya kerja yang kurang menitikberatkan aspek kesihatan mental menyebabkan isu ini sering dipandang remeh dan tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak majikan. Penjawat awam yang memerlukan bantuan sering kali berasa malu atau takut untuk mendapatkan sokongan psikologi disebabkan oleh stigma terhadap masalah kesihatan mental yang masih berakar dalam budaya organisasi. Walaupun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Pengurusan Psikologi Versi 1.0 (2022) sebagai panduan rasmi berkaitan pelaksanaan pengurusan psikologi dalam sektor awam, pelaksanaan sebenar di peringkat jabatan masih belum menyeluruh dan konsisten. Keberkesanan pelaksanaan aplikasi psikologi di tempat kerja sangat bergantung kepada tahap kesedaran dan komitmen ketua- ketua jabatan dalam sesebuah organisasi. Walaupun kebanyakan organisasi sektor awam telah mewujudkan unit atau pusat kaunseling, tahap penggunaan perkhidmatan ini oleh kakitangan masih rendah dan menjadi persoalan yang berterusan. Ini berpunca daripada stigma sosial serta kebimbangan tentang kerahsiaan apabila berjumpa dengan kaunselor yang berada dalam organisasi yang sama.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy