Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

149 tidak adil sering mencetuskan rasa tidak puas hati dan persepsi negatif terhadap pengurusan organisasi. Situasi ini berpotensi menimbulkan perasaan tidakdihargai, sekali gusmeningkatkan risiko tekananpsikologi dalam kalangan pekerja. Kesannya, produktiviti organisasi turut terjejas apabila tekanan emosi dan beban kewangan mempengaruhi prestasi kerja harian. Sebagai langkah intervensi, kerajaan telah memperkenalkan penambahbaikan melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diumumkan pada tahun 2024, termasuk kenaikan gaji bagi penjawat awam. Walaupun langkah ini dilihat sebagai usaha positif ke arah memperkukuh kesejahteraan penjawat awam, pelaksanaan SSPA yang masih baharu ini telah menerima pelbagai reaksi dan persepsi dalam kalangan warga perkhidmatan awam. Sehubungan itu, selain daripada penambahbaikan sistem saraan, satu mekanisme yang lebih komprehensif dan bersepadu untuk memperkasa serta memantapkan pengurusan psikologi pekerja adalah amat diperlukan. Pendekatan ini penting bagi memastikan kesejahteraan penjawat awam dapat ditangani secara holistik, berasaskan dasar yang berorientasikan sokongan psikososial, pengiktirafan berstruktur, dan keseimbangan kerja-kehidupan yang mapan dalam konteks perkhidmatan awam Malaysia masa kini. Isu Konflik Kerja-Keluarga dan Implikasinya terhadap Kesihatan Mental Penjawat Awam Konflik kerja-keluargamerupakan salah satu faktor berkaitan kerja yang diambil kira dalam kajian ini, memandangkan gangguan peranan kerja terhadap pelaksanaan peranan bukan kerja telah dikenal pasti memberi kesan negatif terhadap kesihatan mental pekerja. Hubungan positif antara konflik kerja-keluarga dan isu kesihatan mental telah disokong oleh pelbagai kajian terdahulu, baik dari konteks antarabangsa (Kan & Yu, 2016; Mata & Sen, 2017; Rabenu et al., 2017) mahupun tempatan. Di Malaysia, pekerja daripada pelbagai sektor organisasi dilaporkan mengalami kesan emosi yang negatif akibat konflik ini, termasuk keletihan kerja dan keletihan emosi yang tinggi (Boonratana & Gharleghi, 2015; Khairun Nisa & Dewi, 2016). Penemuan dari perspektif STRATEGI MEMPERKASA KESIHATAN MENTAL DAN KESEJAHTERAAN PEKERJA SEKTOR AWAM 05

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy