Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
148 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI Isu Beban Kerja dan Kesejahteraan Penjawat Awam Beban kerja yang tinggi serta agihan tugas yang tidak setimpal merupakan antara isu utama yang dihadapi oleh golongan pekerja pelaksana dalam perkhidmatan awam. Dalam banyak keadaan, mereka sering dibebankan dengan tugas tambahan yang tidak sejajar dengan skop tanggungjawab atau jawatan sebenar. Keadaan ini bukan sahaja menimbulkan ketidakpuasan kerja, malah menyumbang kepada tekanan psikologi yang berterusan. Masalah ini menjadi lebih kritikal apabila tugasan yang diberikan tidak disokong oleh sumber yang mencukupi, seperti kekurangan kakitangan sokongan, kemudahan kerja yang terhad, atau ketiadaan peralatan yang sesuai untuk melaksanakan tugasan dengan cekap. Kekangan ini mewujudkan ketidakseimbangan antara tuntutan kerja dan keupayaan untuk melaksanakannya secara efektif. Akibatnya, pekerja terdedah kepada tekanan emosi, keletihan melampau (burnout), dan penurunan motivasi kerja. Dalam jangka panjang, keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan mental dankesejahteraan individusertaprestasi keseluruhanorganisasi. Justeru, isu ini memerlukan perhatian serius dalam usaha untuk membentuk persekitaran kerja yang lebih sihat, adil, dan menyokong keseimbangan antara beban kerja dan kapasiti sumber yang tersedia. Isu Gaji dan Kesejahteraan Psikologi Pekerja Pelaksana dalam Perkhidmatan Awam Isu gaji yang tidak memadai bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat merupakan antara penyumbang utama kepada tekanan psikologi dalam kalangan pekerja pelaksana di sektor awam. Ramai dalam kalangan mereka melaporkan bahawa pendapatan semasa tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas, apatah lagi bagi memperbaiki kualiti hidup. Kekurangan insentif kewangan serta penghargaan bukan kewangan bukan sahaja memberi kesan terhadap kesejahteraan mental, malah turut menjejaskan tahap kepuasan kerja dan motivasi dalam kalangan pekerja. Tambahan pula, sistemganjaran yang dianggap tidak telus atau
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy