Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

147 Isu Kesihatan Mental dalam Kalangan Penjawat Awam Isu kesihatan mental dalam kalangan penjawat awam semakin mendapat perhatian dalam wacana kebangsaan sejak kebelakangan ini. Hal ini berasaskan kepada kedudukan strategik penjawat awam sebagai jentera utama pentadbiran kerajaan yang melaksanakan fungsi dan dasar di peringkat kementerian serta agensi masing-masing. Justeru, tahap kesejahteraan psikologi dalam kalangan penjawat awam adalah elemen penting yang memberi kesan langsung terhadap keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam. Menurut laporan BERNAMA bertarikh 5 Februari 2025, seramai 44,901 penjawat awam telah dikenal pasti berisiko tinggi mengalami isu kesihatan mental melalui saringan Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Perkhidmatan Awam (MyPsyD). Angka ini merujuk kepada 4.6 peratus daripada 975,780 penjawat awam yang menjalani saringan MyPsyD dalam tempoh 1 Mac hingga 31 Disember 2024. Antara isu utama yang dikenal pasti termasuk kemurungan, keresahan, penyalahgunaan bahan, dan kecenderungan kepada tingkah laku bunuh diri. Sistem MyPsyD yang dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan satu inisiatif penting kerajaan dalammengenal pasti tahap kesihatan psikologi pegawai sektor awam secara sistematik dan berasaskan data. Saringan ini memberi gambaran awal mengenai tahap kerentanan psikologi dalam kalangan penjawat awam, sekali gus membolehkan intervensi awal dirancang dan dilaksanakan. Namun begitu, statistik yang membimbangkan ini mencerminkan keperluan mendesak untuk membangunkan pendekatan dasar dan polisi yang lebih bersepadu dan menyeluruh dalam menangani isu kesihatan mental penjawat awam. Langkah-langkah seperti pengukuhan sokongan psikososial, pemantapan perkhidmatan kaunseling organisasi, serta pewujudan akta atau kerangka polisi kesihatan mental sektor awamadalah penting untukmemastikan kesejahteraan psikologi warga perkhidmatan awam dapat dilindungi dan ditingkatkan secara berterusan. STRATEGI MEMPERKASA KESIHATAN MENTAL DAN KESEJAHTERAAN PEKERJA SEKTOR AWAM 05

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy