Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

146 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI 2.0 PERNYATAAN MASALAH Pekerjadi sektor awammerupakan tulangbelakangdalampelaksanaan dasar-dasar kerajaan dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Namun, dalam usaha memastikan keberkesanan operasi harian, golongan ini sering berdepan dengan pelbagai cabaran yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan kesejahteraan mereka. Terdapat beberapa isu yang dikenal pasti berkaitan dengan tekanan kerja, persekitaran organisasi, dan kekangan sokongan yang memerlukan perhatian segera. Isu kesihatan mental merupakan isu yang global dan menurut takrifan World Health Organisation (WHO) Kesihatan mental ini sebagai “a state of complete physical, mental and social well-being and not merely the absence of disease an infirmity” (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2016). Elemen fizikal, mental dan kesejahteraan sosial antara paksi kepada elemen yang meletakkan kesihatan mental ini sebagai sesuatu elemen yang sihat. Sihat fizikal, mental dan juga sejahtera dari segi sosial menunjukkan kesihatan mental yang sebenar. Kesejahteraan pekerja pulamerujuk kepada tahap keseimbangan dan kepuasan keseluruhan yang dialami oleh seseorang individu dalam konteks kerjanya, yang melibatkan dimensi fizikal, psikologi, sosial, dan emosi. Iamerangkumi bukan sahaja ketiadaan penyakit atau gangguan mental, tetapi juga keupayaan individu untuk berkembang secara peribadi dan profesional dalam persekitaran kerja yang sihat, selamat, dan menyokong. Menurut Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO), kesejahteraan di tempat kerja merangkumi semua aspek kehidupan kerja, termasuk keselamatan pekerjaan, organisasi kerja, hubungan pekerjaan, kebebasan bersuara, serta keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi. Kesejahteraan pekerja bukan sekadar melibatkan ketiadaan tekanan atau penyakit, tetapi melibatkan tahap keselesaan, sokongan, dan peluang yang diberikan kepada pekerja untuk berfungsi secara optimum. Pekerja yang sejahtera secara menyeluruh lebih cenderung untuk menunjukkan prestasi tinggi, mempunyai komitmen organisasi yang kukuh, dan kekal lebih lama dalamsesebuah organisasi. Dalam kajian ini, kesejahteraan pekerja diukur berdasarkan dua dimensi utama iaitu kepuasan kerja dan kepusan hidup.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy