Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

xiii Menyedari hakikat ini, kajian-kajian dalam kompendium ini mampu menyediakan rekomendasi polisi psikologi yang komprehensif bukan sahaja untuk mengurus isu secara reaktif tetapi juga untuk membina ekosistem psikologi yang proaktif dan preventif. Matlamat utamanya adalah untuk memelihara dan memperkaya kesihatan emosi penjawat awam melalui pendekatan pengurusan yang terancang, berstruktur dan berkesan. Penerbitan kompendium ini menandakan satu anjakan paradigma dan komitmen padu Bahagian ini untuk memperkasakan pengurusan psikologi sektor awam. Fokus kita bukan lagi hanya untuk mengurus emosi semasa krisis, tetapi untuk membina modal insan yang memiliki kecerdasan dan ketahanan emosi secara lestari. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telahmencurahkankepakarandankomitmendalammenyediakan dokumen strategik ini. Semoga kompendium ini menjadi instrumen hidup yang mentransformasi cara kita menghargai dan mengurus aset paling berharga iaitu emosi insan. Semoga ia menjadi instrumen penting yang menyeragamkan amalan, mempertingkat keberkesanan intervensi dan menjadi pemangkin kepada agenda kesejahteraan psikologi holistik, selaras dengan aspirasi membina sebuah perkhidmatan awam yang cemerlang di bawah kerangka Malaysia MADANI. Dr. Abdul Jalil bin Hassan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam PRAKATA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy