Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

xii KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI PrakatA Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Kompendium Rekomendasi Polisi Kesejahteraan Psikologi Perkhidmatan Awam: Kesejahteraan Psikologi dan Emosi P erkhidmatan psikologi dalam sektor awam kini telah berkembang daripada hanya memberi sokongan kepada menjadi bahagian yang penting dalam pengurusan strategi sumber manusia. Dalam landskap global yang sarat dengan cabaran, pengurusan kesejahteraan emosi secara efektif mempunyai impak langsung terhadap produktiviti, daya tahan dan kemampanan sesebuah organisasi. Kecerdasan dan kestabilan emosi adalah nadi kepada seorang penjawat awam yang produktif, berdaya tahan dan inovatif. Dalam persekitaran kerja moden yang dinamik, keupayaan untuk mengurus emosi secara sihat bukan lagi satu kemahiran peribadi semata- mata tetapi telah menjadi aset kritikal yang menentukan kemampanan dan keberkesanan sesebuah organisasi. Justeru, pengurusan kesejahteraan emosi secara strategik adalah satu pelaburan yang fundamental.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy