Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
99 5.2 Pembangunan Karakter Peribadi dalam Bidang STEM Berasaskan Resiliensi Berdasarkan kajian oleh Kuzmishin (2018), elemen resiliensi memainkan peranan penting dalam pembelajaran STEM dan membantu meramal intervensi yang sesuai untuk institusi pendidikan. Oleh itu, pendekatan berteraskan resiliensi dalam pembangunan karakter perlu diteruskan dengan kajian lanjut bagi mengenalpasti jurang dalam hubungan antara resiliensi dan kejayaan pembelajaran dalam bidang STEM . Syor ini menggariskan pendekatan holistik dalam mempersiapkan pelajar menghadapi cabaran akademik, dengan harapan dapat membina generasi yang berdaya tahan dan berupaya dalam mengadaptasi pembelajaran STEM untuk kecemerlangan masa depan. Rajah 3 menunjukkan secara visual penerangan ringkas syor dasar dalam meningkatkan resiliensi akademik dalam Pendidikan STEM melalui pembangunan karakter peribadi dalam bidang STEM berasaskan resiliensi. Rajah 3 : Ringkasan Syor Dasar Dalam Meningkatkan Resiliensi Akademik Dalam Pendidikan STEM Melalui Pembangunan Karakter Peribadi Dalam Bidang STEM Berasaskan Resiliensi STRATEGI PENINGKATAN RESILIENSI AKADEMIK PELAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA 03
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy