Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
98 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI Strategi 3: Latihan Komprehensif untuk Pengajar STREAM Berfokuskan Pedagogi Inovatif Menyediakan latihan komprehensif untuk guru-guru dan pendidik bidang STREAM dalam menerapkan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar, dengan penggunaan teknologi dan teknik pengajaran kritis- kreatif. Jangka Sederhana 1-3 tahun Menyediakan modul latihan untuk guru dan pendidikan bidang STREAM, memberi insentif kepada guru dan pendidik yang cemerlang dalam pengajaran inovatif. Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM, KPT, Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Strategi 4: Pendidikan Emosi dan Daya Tahan Melalui Subjek Psikologi Menyediakan subjek Psikologi sebagai elektif dalam kurikulum STREAM untuk membantu pelajar membina ketahanan emosi dan pengurusan tekanan akademik. Jangka Panjang 3-5 tahun Menggubal silibus Psikologi sebagai subjek elektif untuk pelajar, mengadakan sesi bimbingan berkala oleh kaunselor. KPM, KPT, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Bahagian Psikologi dan Kaunseling Strategi 5: Penubuhan Makmal STREAM yang Dilengkapi Teknologi Moden Membangunkan makmal STREAM di institusi pendidikan untuk memberi pelajar akses kepada teknologi seperti AR dan VR bagi pembelajaran praktikal dan relevan melalui aktiviti “ hands-on ”. Jangka Sederhana 1-3 tahun Menyediakan dana pembangunan makmal STREAM di sekolah dan institusi, memastikan makmal dilengkapi teknologi moden, dan menganjurkan aktiviti STREAM dengan melibatkan komuniti setempat. KPM, KPT, MOSTI, Jabatan Kerja Raya (JKR), agensi komuniti tempatan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy