Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

xi risiko psikososial yang efektif. Inisiatif ini adalah selari dan menyokong penuh aspirasi Malaysia MADANI, yang bermatlamat untuk melahirkan modal insan seimbang, berdaya tahan dan berintegriti tinggi yang menjadi aset utama kepada kemajuan negara. Kompendium ini menghimpunkan khazanah dapatan kajian, cadangan pelaksanaan, serta amalan terbaik perkhidmatan psikologi. Ia dirangka khusus untuk menjadi panduan utama kepada pengurusan tertinggi, pengurus sumber manusia dan para profesional psikologi dalam merancang dasar serta hala tuju perkhidmatan psikologi yang lebih strategik dan profesional. Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas saya ucapkan kepada semua ahli jawatankuasa, pakar akademik, pengamal psikologi, pemimpin agensi, dan penjawat awam yang telah mencurahkan idea, tenaga dan komitmen dalam merealisasikan kompendium ini. Semoga kompendium ini menjadi legasi dan pemacu kepada transformasi perkhidmatan psikologi yang lebih holistik dan berimpak tinggi. Marilah kita bersama-sama memperkasa kesejahteraan psikologi sebagai tunjang kekuatan perkhidmatan awam dan asas kepada kemajuan negara bangsa. Sekian, terima kasih. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam KATA PENGANTAR

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy