Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
95 Rajah 1 : Ringkasan Syor Dasar Dalam Meningkatkan Resiliensi Akademik Dalam Pendidikan STEM 5.1 Memperkasakan Kurikulum STEM Bersepadu kepada Kurikulum STREAM Bersepadu Dalam era globalisasi yang pesat ini, keperluan untuk menyediakan kurikulum yang menyeluruh dan bersepadu dalam pendidikan semakin mendesak. Untuk memastikan pembangunan modal insan yang mampu bersaing di peringkat global, Malaysia harus memperkenalkan dan melaksanakan kurikulum STREAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Membaca, Seni, Matematik) yang menyokong pendidikan holistik dan berpusatkan pelajar. Kurikulum ini bukan sahaja menekankan pemahaman teori tetapi juga mengaplikasikan ilmu dalam situasi sebenar, membantu pelajar membina ketahanan akademik, mengembangkan daya kreativiti, dan meningkatkan kemahiran berfikir kritis. Rajah 2 menunjukkan secara visual penerangan ringkas syor dasar dalammeningkatkan resiliensi akademik dalam Pendidikan STEM melalui pemerkasaan kurikulum STEM bersepadu kepada kurikulum STREAM bersepadu. STRATEGI PENINGKATAN RESILIENSI AKADEMIK PELAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA 03
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy