Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
94 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI Melalui analisis ERRC ini, beberapa langkah penting dapat diambil untuk menangani penurunan resiliensi akademik pelajar dalam bidang STEM . Langkah-langkah ini merangkumi penghapusan kaedah pengajaran tradisional dan tekanan akademik yang tidak realistik, mengurangkan beban silibus dan keterasingan pelajar, serta meningkatkan kualiti pengajaran STEM , sokongan psikologi, dan penglibatan komuniti. Di samping itu, kita juga perlu mencipta kurikulum yang lebih holistik (STREAM), program pembinaan karakter yang disesuaikan, dan platform sokongan komuniti yang dapat memotivasi pelajar dan mengukuhkan daya tahan akademik mereka. Dengan pelaksanaan langkah-langkah ini, diharapkan pelajar STEM akan lebih berdaya tahan, bermotivasi, dan mampu mengatasi cabaran akademik yang dihadapi, seterusnya memastikan mereka terus cemerlang dalam bidang ini dan menyumbang kepada kemajuan negara dalam sektor STEM . 5.0 SYOR DASAR Berdasarkan dapatan kajian ini, tiga cadangan utama disyorkan untuk peningkatan resiliensi akademik dalam kalangan pelajar yang mengambil bidang STEM di Malaysia iaitu; i) Memperkasakan Kurikulum STEM Bersepadu kepada KurikulumSTREAMBersepadu; ii) Pembangunan Karakter Peribadi dalam Bidang STEM Berasaskan Resiliensi; dan iii) Sokongan Komuniti dalam Pengukuhan Pembelajaran STEM . Huraian bagi setiap syor beserta dengan strategi pelaksanaan diterangkan secara terperinci pada bahagian seterusnya. Rajah 1 menunjukkan secara visual penerangan ringkas tiga syor dasar dalammeningkatkan resiliensi akademik dalam Pendidikan STEM dan seterusnya diterangkan secara terperinci di dalam subtopik berikutnya.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy