Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
90 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI Dengan pengkategorian ini, dapat dilihat bahawa faktor-faktor yang menyumbang kepada penurunan resiliensi akademik pelajar bidang STEM mencakup aspek kurikulum yang kurang holistik, kekurangan sokongan dari persekitaran sosial dan komuniti, serta faktor individu yang melibatkan motivasi, keyakinan, dan kemahiran pengurusan stres. Pengkategorianinimembantumengenalpasti strategi yanglebihspesifik untuk memperkukuhkan resiliensi akademik, seperti memperbaharui pendekatan kurikulum, memperkasa program sokongan komuniti, serta membantu pelajar mengembangkan kemahiran kendiri yang dapat meningkatkan daya tahan mereka dalam pembelajaran STEM . 4.4 Analisis ERRC : Cadangan Pelaksanaan untuk Menangani Penurunan Resiliensi Akademik dalamBidang STEM Analisis ERRC (Eliminate, Reduce, Raise, Create) adalah alat yang sangat berguna untuk membantu mengenal pasti tindakan yang boleh diambil bagi menangani masalah yang dikenalpasti melalui analisis Fishbone . Berdasarkan faktor-faktor penyumbang kepada penurunan resiliensi akademik pelajar dalam bidang STEM yang telah dikenal pasti sebelum ini, analisis ERRC dijalankan untuk memberi cadangan pelaksanaan bagi mengatasi masalah tersebut.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy