Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
87 Jadual 1 : Analisis Fishbone Faktor Penyumbang Penurunan Resiliensi Akademik Pelajar Bidang STEM Faktor Faktor Penyumbang Keterangan Faktor Kurikulum Kaedah Pengajaran Tradisional Kaedah pengajaran yang lebih berfokus kepada teori berbanding aplikasi atau interaksi boleh menyebabkan pelajar hilang minat serta kurang memahami kegunaan sebenar subjek STEM dalamkehidupan seharian. Kurangnya Pembelajaran Berasaskan Projek Ketiadaan aktiviti “ hands-on ” atau pembelajaran berasaskan projek menghalang pelajar daripada meneroka konsep secara praktikal, yang penting untuk memahami aplikasi ilmu STEM dalam situasi dunia sebenar. Silibus yang Padat dan Kurang Fleksibiliti Kurikulumyang padat dan ketat tanpa fleksibiliti untuk mendalami subjek menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran menguasai konsep, yang akhirnya menjejaskan minat dan keyakinan mereka dalam bidang STEM . Ketidaksesuaian Dasar Pendidikan dengan Keperluan Semasa Dasar yang tidak menekankan pembinaan resiliensi akademik atau kurang memberi fokus kepada aspek psikologi dalam STEM menyukarkan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan cabaran dalam bidang ini. STRATEGI PENINGKATAN RESILIENSI AKADEMIK PELAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA 03
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy