Kit Pengenalan Perkhidmatan Awam

Jabatan Perkhidmatan Awam PENDAHULUAN Kit Perkhidmatan Awam merupakan panduan asas yang disediakan khusus untuk pegawai baharu yang dilantik dalam perkhidmatan awam. Kit ini bertujuan membantu pegawai awam memahami sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia, urusan perkhidmatan pegawai dari fasa pengambilan sehinggalah ke fasa persaraan. Maklumat yang terkandung dalam kit ini dapat membantu pegawai baharu menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja mereka dengan lebih mudah dan cepat. Kit ini bukan sahaja berguna pada peringkat awal perkhidmatan, tetapi juga menjadi panduan berterusan sepanjang tempoh perkhidmatan seseorang pegawai kerana peraturan-peraturan yang dinyatakan dalam Kit Perkhidmatan Awam ini adalah rangkuman peraturan-peraturan asas yang perlu diketahui dan difahami oleh semua pegawai awam. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengharapkan setiap pegawai awam terutamanya pegawai baharu dapat memanfaatkan sepenuhnya maklumat yang disediakan dalam Kit Perkhidmatan Awam ini, serta berusaha untuk terus memperkaya pengetahuan dalam aspek modal insan yang berilmu, berintegriti dan berprestasi tinggi. Hal ini amat penting dalam memastikan perkhidmatan awam terus berkembang secara dinamik dan mampu memenuhi keperluan serta cabaran semasa. JPA yakin bahawa dengan dedikasi, komitmen dan semangat kerja yang tinggi, pegawai awam dapat memberikan perkhidmatan terbaik berteraskan prinsip integriti, akauntabiliti, dan profesionalisme. Ini seterusnya akan menyumbang kepada kemajuan negara serta kesejahteraan rakyat, sejajar dengan aspirasi untuk memberikan perkhidmatan terbaik demi agama, bangsa dan negara. PEGAWAI i

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy