GABUNG JURNAL 2024
88 Tahap Sikap Mencari Bantuan Profesional Psikologi Berdasarkan Jadual 5 , majoriti responden menunjukkan sikap positif terhadap pencarian bantuan profesional psikologi, dengan 80.3% (6,973 responden) berada pada tahap sederhana, 17.5% (1,516 responden) pada tahap tinggi, dan hanya 2.2% (195 responden) menunjukkan sikap yang rendah. Skor min ialah M = 18.01 , dan sisihan piawai = 3.76 . Ini menunjukkan adanya kesediaan dalam kalangan penjawat awam untuk mendapatkan intervensi psikologi sekiranya diperlukan. Jadual 5: Analisis Tahap Sikap Mencari Bantuan Profesional Psikologi Literasi Kesihatan Mental dan Sikap Mencari Bantuan Profesional Psikologi Jadual 6 menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara literasi kesihatan mental dan sikap mencari bantuan profesional psikologi ( r = .388, p < .01 ). Ini membuktikan bahawa semakin tinggi tahap literasi kesihatan mental seseorang, semakin positif sikapnya terhadap pencarian bantuan profesional. Jadual 6: Analisis Korelasi antara Literasi Kesihatan Mental dan Sikap Mencari Bantuan Profesional Psikologi Kategori Frekuensi (n=8684) Peratus (%) Min Sisihan Piawai Tinggi 1516 17.5 18.005 2 3.75697 Sederhana 6973 80.3 Rendah 195 2.2 Sikap mencari bantuan profesional psikologi Literasi kesihatan mental Pearson Correlation .388 ** Sig. (2-tailed) <.001
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy