GABUNG JURNAL 2024

86 DAPATAN KAJIAN Tahap Literasi Kesihatan Mental Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap literasi kesihatan mental dalam kalangan warga kerja Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Berdasarkan Jadual 2, seramai 7,678 responden (88.8%) mencatatkan tahap sederhana, diikuti 899 responden (10.4%) pada tahap rendah, dan hanya 66 responden (0.8%) berada pada tahap tinggi. Skor min keseluruhan ialah M = 92.60, dengan sisihan piawai = 11.55. Dapatan ini menunjukkan wujud keperluan untuk memperkukuh literasi kesihatan mental dalam kalangan penjawat awam sebagai asas kepada pencarian bantuan psikologi. Jantina Lelaki 3758 43.3 Perempuan 4926 6.7 Status Perhubungan Berkahwin 7037 81.0 Bujang 1263 14.5 Duda/ Janda/ Balu 384 4.4 Jadual 2: Analisis Tahap Literasi Kesihatan Mental Kategori Frekuensi (n=8684) Peratus (%) Min Sisihan Piawai Tinggi 66 0.8 92.5996 11.54569 Sederhana 7678 88.8 Rendah 899 10.4

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy