GABUNG JURNAL 2024

82 Kaedah Pengumpulan Data Pengumpulan data dilaksanakan melalui pengedaran soal selidik atas talian menggunakan platform Google Form . Borang soal selidik diedarkan secara rasmi melalui e-mel kepada semua warga kerja Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Pendekatan digital ini membolehkan capaian lebih meluas serta menjimatkan masa dan kos, selain memastikan kebolehaksesan kepada responden tanpa mengganggu urusan kerja harian mereka. ANALISIS DATA Kaedah Analisis Data Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27. Analisis deskriptif digunakan untuk mengenal pasti profil demografi responden yang melibatkan aspek seperti umur, jantina, tempoh perkhidmatan, dan jabatan (rujuk Jadual 2). Selain itu, analisis deskriptif turut digunakan bagi menilai tahap literasi kesihatan mental, tekanan psikologi, dan sikap terhadap pencarian bantuan profesional psikologi. Seterusnya, analisis korelasi Pearson dijalankan bagi menilai hubungan antara pembolehubah kajian iaitu antara literasi kesihatan mental, tekanan psikologi, dan sikap pencarian bantuan. Seterusnya, bagi menguji kesan bersama antara pembolehubah bebas terhadap pembolehubah bersandar, analisis regresi linear berganda digunakan untuk menilai pengaruh literasi kesihatan mental dan tekanan psikologi terhadap sikap mencari bantuan profesional psikologi. Tahap signifikan bagi semua analisis statistik ditetapkan pada aras p < .05. Frekuensi Peratus Bahagian/Jabatan Bahagian Audit Dalam 10 .1 Bahagian Khidmat Pengurusan 18 .2 Bahagian Korporat 13 .1 Jadual 1: Profil Demografi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy