GABUNG JURNAL 2024
yang sama untuk terpilih sebagai responden. Pendekatan ini dipilih untuk mendapatkan data yang lebih mewakili populasi sasaran serta meminimumkan bias pemilihan. Instrumen Kajian Soal selidik kajian dibahagikan kepada lima bahagian utama: Bahagian A: Maklumat Demografi Mengumpulkan data asas seperti jantina, umur, jabatan, tempoh perkhidmatan, status perkahwinan dan kumpulan perkhidmatan. Data ini digunakan untuk analisis deskriptif dan pemprofilan responden. Bahagian B: Tahap Tekanan Psikologi Diukur menggunakan dua instrumen psikometrik iaitu: • Patient Health Questionnaire-9 (PHQ-9) untuk menilai simptom kemurungan. • General Anxiety Disorder-7 (GAD-7) untuk menilai tahap kebimbangan. Kedua-dua skala ini telah divalidasi dalam versi Bahasa Melayu dan menunjukkan kebolehpercayaan yang memuaskan ( PHQ-9 : α = 0.67–0.73; GAD-7 : α = 0.74). Bahagian C: Literasi Kesihatan Mental Diukur menggunakan Mental Health Literacy Scale (MHLS) versi Bahasa Melayu yang mengandungi 35 item. Ujian rintis ke atas populasi yang setara menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang baik (α = 0.76). Bahagian D: Sikap Mencari Bantuan Profesional Psikologi Diukur menggunakan skala Attitude Toward Seeking Professional Psychological Help–Short Form (ATSPPH-SF) yang terdiri daripada 10 item. Skala ini juga telah diterjemah dan disahkan dalam Bahasa Melayu untuk kesesuaian konteks tempatan (α = 0.87). Semua skala menggunakan format Likert empat mata dan dinilai secara keseluruhan bagi mendapatkan skor komposit. Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 81
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy