GABUNG JURNAL 2024

80 Secara keseluruhannya, dapatan literatur menunjukkan bahawa untuk membentuk sikap positif terhadap pencarian bantuan profesional psikologi, adalah penting untuk memperkukuh literasi kesihatan mental sambil menangani tahap tekanan psikologi secara sistematik. Literasi berfungsi sebagai pengetahuan asas yang membimbing individu dalam membuat keputusan yang tepat, manakala pengurusan tekanan pula menstabilkan emosi dan motivasi untuk bertindak. Gabungan kedua-dua faktor ini dilihat sebagai komponen penting dalam membina intervensi psikososial yang berkesan, khususnya dalam konteks pekerja sektor awam yang sering berdepan dengan tekanan organisasi dan jangkaan prestasi tinggi. METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif secara tinjauan silang ( cross-sectional survey ) melalui kaedah soal selidik atas talian. Pendekatan ini bersesuaian untuk meneroka hubungan antara pembolehubah seperti literasi kesihatan mental, tahap tekanan psikologi dan sikap mencari bantuan profesional psikologi dalam kalangan responden. Reka bentuk bukan eksperimen ini tidak bertujuan untuk menilai hubungan sebab akibat secara langsung, sebaliknya untuk mengenal pasti corak dan kecenderungan dalam populasi sasaran (Shaughnessy et al., 2014). Data dikumpul dalam satu titik masa, membolehkan penilaian awal terhadap hubungan antara pembolehubah kajian. Populasi dan Persampelan Populasi kajian terdiri daripada warga kerja Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang merangkumi pelbagai jabatan dan agensi di bawah pentadbiran kerajan negeri. Seramai 8,684 responden telah terlibat dalam kajian ini. Kaedah persampelan rawak mudah ( simple random sampling ) digunakan bagi memastikan setiap individu dalam populasi mempunyai peluang

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy