GABUNG JURNAL 2024

79 Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X awal tekanan, memahami keperluan mendapatkan rawatan, serta mengakses sumber sokongan yang sesuai. Sebaliknya, tekanan psikologi yang tidak disedari atau tidak difahami dengan baik sering kali membawa kepada penghindaran bantuan, terutamanya dalam kalangan individu yang mempunyai tahap literasi kesihatan mental yang rendah. Kajian oleh Gorczynski et al. (2017) yang melibatkan 380 penuntut universiti di United Kingdom mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara literasi kesihatan mental dan sikap mencari bantuan psikologi profesional. Individu yang mencatat skor literasi kesihatan mental yang tinggi menunjukkan kecenderungan yang lebih besar untuk mendapatkan sokongan psikologi apabila diperlukan. Namun begitu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa tekanan psikologi yang tinggi boleh menjejaskan kecenderungan ini. Responden dengan tahap tekanan yang tinggi didapati kurang cenderung untuk mencari bantuan meskipun mereka memahami keperluan rawatan, kemungkinan besar akibat stigma diri, ketakutan atau rasa tidak berdaya. Sementara itu, kajian oleh Moss et al. (2022) menegaskan bahawa tahap literasi kesihatan mental yang tinggi bukan sahaja meningkatkan sikap mencari bantuan tetapi juga berkait dengan tahap tekanan psikologi yang lebih rendah. Dalam kajian mereka, 70% responden melaporkan simptom tekanan psikologi yang berada pada tahap sederhana hingga tinggi. Mereka yang mempunyai skor literasi kesihatan mental yang rendah menunjukkan kadar pencarian bantuan yang rendah, manakala mereka dengan skor literasi tinggi pula bukan sahaja lebih cenderung mendapatkan bantuan, tetapi juga menunjukkan tahap tekanan yang lebih terkawal. Ini mencadangkan bahawa literasi kesihatan mental bukan sahaja berfungsi sebagai pemacu pencarian bantuan, tetapi juga sebagai pelindung ( buffer ) terhadap tekanan psikologi yang berlebihan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy