GABUNG JURNAL 2024
viii Skala yang digunakan untuk mengukur literasi kesihatan mental ialah Mental Health Literacy Scale (MHLS), manakala tekanan psikologi diukur menggunakan Patient Health Questionnaire-9 (PHQ-9) dan General Anxiety Disorder-7 (GAD-7). Sementara itu, sikap terhadap pencarian bantuan psikologi profesional diukur menggunakan skala Attitudes Toward Seeking Professional Psychological Help (ATSPPH). Sebanyak 8684 responden telah menjawab soal selidik melalui Google Forms. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif antara literasi kesihatan mental dan sikap untuk mendapatkan bantuan. Selain itu, tekanan psikologi juga mempunyai hubungan positif dengan sikap tersebut. Analisis regresi linear berganda yang dijalankan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS-27) menunjukkan bahawa kedua-dua faktor ini mempengaruhi sikap mendapatkan bantuan psikologi profesional. Artikel keenam dalam jurnal ini bertajuk “ Penilaian Keadaan Emosi Negatif Dan Stigma Kesihatan Mental Di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak” mengkaji hubungan antara keadaan emosi negatif dan stigma kesihatan mental dalam kalangan penjawat awam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK Perak). Seramai 6255 responden terlibat melalui kaedah pensampelan mudah, dengan instrumen DASS-21 dan PDDS digunakan untuk mengukur emosi negatif dan stigma kesihatan mental. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan antara kemurungan, kebimbangan, dan tekanan, manakala ujian ANOVA mendapati perbezaan signifikan dalam stigma kesihatan mental merentas tahap emosi negatif. Cadangan lebih banyak program pencegahan dan kesedaran perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kesejahteraan mental masyarakat. Artikel ketujuh bertajuk “Kaunseling Kelompok Sebagai Pemangkin Kesejahteraan Psikologi Manusia: Satu Ulasan” mengkaji kepentingan kaunseling kelompok sebagai pemangkin kesejahteraan psikologi. Melalui tinjauan literatur, kaunseling kelompok didapati sebagai intervensi yang berkesan dalam ekspresi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy