GABUNG JURNAL 2024

78 individu yang memendam tekanan tetapi masih berpegang kepada stigma sosial cenderung untuk mengelak daripada mendapatkan intervensi yang sepatutnya. Penemuan ini turut disokong oleh kajian Yamauchi, Suka dan Yanagisawa (2020) yang melibatkan pekerja berusia antara 20 hingga 59 tahun di Jepun. Kajian tersebut mendapati bahawa individu dalam lingkungan usia pertengahan (40–59 tahun) menunjukkan kecenderungan yang lebih rendah untuk mencari bantuan profesional meskipun mencatatkan skor tekanan psikologi yang tinggi. Ini menggambarkan satu ironi yang signifikan di mana tahap tekanan yang tinggi tidak semestinya selari dengan peningkatan niat untuk mendapatkan bantuan. Malah, dalam sesetengah kes, tekanan psikologi yang tidak diurus dengan baik boleh membawa kepada pengasingan sosial dan keengganan untuk berinteraksi dengan sumber sokongan. Implikasi daripada dapatan ini menunjukkan bahawa tekanan psikologi bukanlah penentu tunggal dalam membentuk sikap mencari bantuan. Sebaliknya, tekanan psikologi perlu dilihat bersama-sama faktor lain seperti tahap literasi kesihatan mental, pengalaman masa lalu, dan persepsi terhadap keberkesanan rawatan. Maka, dalam usaha untuk meningkatkan kecenderungan pekerja mendapatkan bantuan psikologi profesional, intervensi yang dirancang perlulah menyasarkan bukan sahaja kepada pengurusan tekanan, tetapi juga kepada pemerkasaan maklumat, pengurangan stigma dan pembangunan sokongan sosial. Literasi Kesihatan Mental, Tahap Tekanan Psikologi dan Sikap Mencari Bantuan Profesional Psikologi Literasi kesihatan mental dan tahap tekanan psikologi merupakan dua faktor penting yang saling berkait dalam mempengaruhi sikap individu terhadap pencarian bantuan profesional psikologi. Pemahaman yang tinggi tentang kesihatan mental boleh memperkukuh keupayaan individu untuk mengenal pasti gejala

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy