GABUNG JURNAL 2024

77 Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X sahaja lebih bersedia untuk mendapatkan bantuan, malah lebih terbuka untuk menawarkan sokongan kepada rakan sekerja yang memerlukannya. Hal ini menunjukkan bahawa peningkatan literasi kesihatan mental bukan sahaja memberi kesan terhadap individu, tetapi turut menyumbang kepada pembinaan sistem sokongan sosial yang lebih kukuh di tempat kerja. Secara keseluruhannya, literasi kesihatan mental berperanan sebagai pemangkin utama dalam mempengaruhi sikap mencari bantuan. Individu yang memahami simptom, saluran bantuan, serta potensi keberkesanan rawatan lebih bersedia untuk bertindak secara positif apabila berdepan tekanan psikologi. Justeru itu, usaha memperkukuh literasi kesihatan mental dalam kalangan pekerja, khususnya penjawat awam, adalah penting dalam meningkatkan kecenderungan mereka untuk mendapatkan intervensi psikologi yang diperlukan. Tahap Tekanan Psikologi dan Sikap Mencari Bantuan Profesional Psikologi Tekanan psikologi merujuk kepada tindak balas emosi dan fisiologi individu terhadap tuntutan atau bebanan yang dirasakan melebihi keupayaan diri. Tekanan ini, sekiranya berterusan tanpa pengurusan yang berkesan, boleh membawa kepada gangguan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan keletihan emosi. Namun begitu, tidak semua individu yang mengalami tekanan psikologi mengambil langkah proaktif untuk mendapatkan bantuan profesional, walaupun tahap tekanan yang dialami adalah tinggi. Kajian oleh Boerema et al. (2016) mendapati bahawa individu yang mengalami kemurungan yang berlarutan, terutamanya yang disertai dengan tahap stigma diri yang rendah, adalah lebih cenderung untuk mendapatkan bantuan profesional. Ini menunjukkan bahawa pengalaman tekanan yang mendalam boleh menjadi pemangkin kepada pencarian bantuan, bergantung kepada faktor psikososial seperti penerimaan diri dan persepsi terhadap rawatan. Sebaliknya,.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy