GABUNG JURNAL 2024

76 komponen utama iaitu: proses, jangka masa, jenis sokongan, sumber bantuan, dan kebimbangan individu terhadap hasil pencarian tersebut. Kajian-kajian ini membuktikan bahawa sikap terhadap pencarian bantuan bukanlah satu tindakan spontan, tetapi melalui pertimbangan kognitif dan emosi yang kompleks, yang boleh dipengaruhi oleh tahap literasi kesihatan mental, tekanan psikologi, serta norma sosial persekitaran kerja. Literasi Kesihatan Mental dan Sikap Mencari Bantuan Profesional Psikologi Literasi kesihatan mental merujuk kepada tahap pemahaman individu terhadap isu-isu berkaitan kesihatan mental, termasuk keupayaan untuk mengenal pasti gejala awal gangguan psikologi, pengetahuan tentang pilihan rawatan, serta kesanggupan untuk mendapatkan bantuan profesional yang sesuai. Tahap literasi ini memainkan peranan penting dalam membentuk sikap seseorang terhadap pencarian bantuan psikologi, terutamanya dalam kalangan individu yang berisiko tinggi mengalami tekanan mental. Dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa literasi kesihatan mental mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap mencari bantuan profesional. Sebagai contoh, kajian oleh Yang et al. (2023) yang melibatkan 827 responden mendapati bahawa individu dengan tahap literasi kesihatan mental yang tinggi lebih cenderung untuk membentuk sikap positif terhadap pencarian bantuan psikologi, dan pada masa yang sama menunjukkan tahap stigma yang lebih rendah. Pengetahuan yang baik tentang kesihatan mental dilihat mampu meningkatkan kefahaman individu tentang keperluan intervensi profesional, sekaligus menepis kepercayaan salah atau mitos yang sering dikaitkan dengan penyakit mental. Dalam konteks organisasi, tahap literasi kesihatan mental dalam kalangan pekerja turut memainkan peranan penting dalam membentuk budaya kerja yang menyokong kesejahteraan psikologi. Kajian oleh Wulf (2022) mendapati bahawa di tempat kerja yang menekankan kepentingan literasi kesihatan mental, pekerja bukan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy